E-sukan: 8 pasukan yang layak secara automatik ke liga FFCS

Firas Aliyan
8
Jun 24 · Moderator

Berikut adalah 2 pasukan terbaik bagi setiap negara yang akan bertanding dalam Siri Cabaran Free Fire musim kedua.

Malaysia- Team Princess & Orange Esports
Filipina- K9 Esports & Bloody Head
Kemboja- AKO Khmer & Diversity Gaming
Sri Lanka- Neverstop & Archangels

Sistem kelayakan yang unik tersebut memastikan penonton bagi setiap negara merasai bahang bagi saingan empat penjuru ini.

Sebelum ini, Siri Cabaran telah dibahagikan bagi setiap negara masing-masing tetapi kali ini telah digabungkan dan akan menjanjikan aksi yang menarik kerana hadirnya pasukan dari Kemboja dan Sri Lanka ke dalam arena e-sukan Free Fire.

Acara yang dikhususkan antara yang berprestij dalam pelayan (server) Singapura adalah salah satu carta alur (roadmap) rasmi ke Siri Dunia Free Fire yang dijangka berlangsung pada akhir tahun ini.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM130,000 dan penyertaan sebanyak 18 pasukan dari empat buah negara. Jangan lupa saksikan aksi tersebut di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire pasa 2-31 Julai ini.

165 views
12
All comments (10)
No contentNothing here, please try again later.