Tips for Goldlaner

Yappp
5
Jun 28

Untuk bermain goldlane ada dua keadaan;

Early game: Aggressive or Passive

Untuk player yang suka bermain aggressive biasanya menggunakan hero yang ada high early damage. Pada awal permainan anda perlu memastikan poking hero enemy dengan skill and basic attack serta elakkan daripada mengambil damage enemy. Dan seterusnya anda freeze lane atau fast clear dan attack gold plating yang ada.

Untuk pasif pula secara amnya ialah dengan bermain secara play safe terutamanya untuk hero yang memerlukan item. Jangan lupa untuk pastikan anda mengambil last hit minion untuk kelebihan gold dan seterusnya berehat dahulu di dalam bush untuk menunggu next minion wave.

Mid to lategame:

Sekiranya anda telah menghabiskan gold plating atau telah mendapatkan tower atau tiada minion di lane anda, digalakkan untuk anda pergi ke mid untuk membantu memberikan damage kepada hero midlane enemy atau bantu clear minion di midlane dan berusaha pushing tower mid.

Akhir sekali, hero goldlaner biasanya hero marksman yang soft di lategame. Usaha untuk menjaga posisi anda ketika war dan elakkan bergerak solo.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

#Discussion#Gameplay#Esports
76 views
11
All comments (1)
No contentNothing here, please try again later.