Esports: Zack pemain baharu Todak

Firas Aliyan
8
Jun 28 · Moderator

Teka-teki bagi pemain keenam Todak Free Fire akhirnya terjawab apabila nama Zack atau nama sebenar Solehin Habib Rahman meniti dibibir peminat tempatan.

Zack yang berkebolehan sebagai multi-role telah disebut oleh peminat kerana senarai roster baharu Todak didedahkan sewaktu kelayakan atas talian dalam sistem ranking.

Langkah penambahan pemain pasukan Todak ini menampakkan mereka komited ke arah Siri Cabaran Free Fire musim kedua ini.

Zack yang sebelum ini bersama Geek Fam sempat meraih beberapa pencapaian antaranya:
- Juara keseluruhan MCP Major S1 (MVP FInals)
- Ketiga keseluruhan Kejohanan Free Fire Malaysia (FFMC).
- Keempat keseluruhan Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) musim pertama.
- Kelima MCP Major S3.

#FFxDOLLA#News#Esports
125 views
8
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.