ESPORTS: Group A adalah kumpulan 'maut'

Firas Aliyan
8
Jun 30 · Moderator

Pembahagian kumpulan telah dibuat oleh Garena semalam. Menerusi perkongsian beberapa sumber daripada pemain, berikut adalah kedudukan pasukan yang bertanding di dalam kumpulan masing-masing.

Kumpulan A dilabel sebagai kumpulan yang agak mencabar kerana mempunyai empat pasukan yang berpengalaman dalam arena kompetitif.

Pasukan pilihan peminat tempatan, WatchnLearn dilihat membuat kemunculan semula setelah berehat panjang.

Jaguh Free Fire tanah air, Geek Fam juga mempunyai keserasian yang tidak boleh disangkal. Pasukan itu mengekalkan barisan pemain dan menambah 'sengat' dibahagian serangan dengan penambahan Rajaa iaitu bekas pemain WatchnLearn.

EWG dan Axis Esports, nama yang tidak asing kerana konsistensi mereka dalam kancah e-sukan Free Fire. Kedua-dua pasukan ini mempunyai skuad yang mantap daripada segi teknikal dan pembacaan permainan.

18 pasukan akan berentap di peringkat liga yang akan membuka tirai pada 2-24 Julai 2022. Siri Cabaran ini juga akan disiar secara langsung di Facebook/Youtube Garena Free Fire Malaysia.

#Esports#FFxDOLLA#News
69 views
5
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.