Tips for Roamer p1

Yappp
5
Jul 03

Roamer itu tidak semestinya hanya Tank sahaja tetapi perlu kepada kefahaman tugas sebagai Roamer. Tank sememangnya antara pilihan yang terbaik kerana skill set yang ada pada hero-hero seperti Tigreal, Franco dan Atlas di mana dapat engage dan setup war dengan lebih baik. Mereka juga mempunyai kelebihan hp percentage yang tinggi untuk dijadikan sebagai sandbag dan juga mengambil turret damage jika berlaku dive-in turret.

Tetapi mengikut kesesuaian lineup hero team anda, hero-hero Support seperti Estes, Rafaela atau Diggie juga merupakan antara Roamer yang sangat sesuai untuk digunakan. Kelebihan untuk hero-hero ini yang mampu healing and slowing down enemy adalah antara faktor yang mampu untuk memenangkan teamfight. Bagi Diggie pula, hero ini sangat sesuai jika pihak musuh mempunyai kelebihan hero-hero crowd control. Di mana dengan ultimate Diggie, crowd control enemy dapat di-counter jika timing execution tepat.

Selain itu, hero-hero Assassin dan Mage seperti Selena, Natalia atau Kadita juga antara pemilihan Roamer yang sering digunapakai kerana kelebihan Dire Hit(roaming equipment) yang memberikan extra damage. Tetapi harus dinasihatkan supaya Explaner anda ialah hero yang boleh sustain longer in teamfight kerana hero-hero Assassin dan Mage mempunyai hp percentage yang rendah. Antara Explaner yang sesuai untuk initiate ialah Esmeralda, Uranus dan Chou.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

#Discussion
81 views
4
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.