Harini lain sikit Review EDUCATION Fair : MVEC

SlideDog
10
Jul 04 · Moderator

Saya seorang yang suka melukis jadi saya pilih graphic design untuk kursus pilihan utama. Jadi tadi saya telah menanya beberapa university...

1.The ONE Academy
-University ini sebenarnya paling banyak pilihan kerjaya kerana internship dia boleh sampai ke Amerika Syarikat dan UK. Instructor yang sering melawat Academy ini juga orang yang terkenal yang bekerja di pelbagai studio dan ada juga yang pernah menang oscar untuk Best SFX. Tetapi kualiti juga datang dengan harga, yuran dia hampir 60k. Namun jika anda mampu kenapa tidak?

2.Clazroom College
-Baik university ini bagi saya ada mixed reaction. Ini kerana university ini mempunyai advanced diploma dan diploma biasa yang boleh membiarkan anda susah memilih. Beza dia hanyalah advanced diploma mempunyai mengajar 3d modelling sekali dan memberikan internship ke UK dan extra 6 bulan kelas. Namun beza harga antara dua itu ialah 12k, berbaloikah untuk anda?

3.UNDO Academy
-Alright,bagi saya ini mungkin university yang paling comfortable sebab serious gila instructor dia laid back dan suka have fun dengan student.Kursus yang diberi agak sama dengan ONE Academy tetapi tiada instructor yang terlalu terkenal untuk memberi nasihat yang lumayan. Uni ini agak baru juga kerana mereka ada SKM berbanding MQA yang dimiliki university yang lebih lama.Namun mereka memberi tablet lukisan percuma jika anda daftar sekarang!

4.Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)
-Baik yang ni ialah pilihan termurah anda untuk Diploma Graphic Design dengan hanya 18k untuk 2 tahun. Uni ini akan mengajar basic untuk Graphic Design dan memberi internship di dalam negara dan bukan luar negara untuk convenient. Selain itu, anda juga mungkin mampu jumpa Sir Cloud sebab dia mengajar esports sebagai koko di sini lolololol.

5.Nippon Designer School
-Ini university yang HANYA mengajar cara membuat komik, namun terdapat graphic design sebagai salah satu sub subjek. Uni ini agak menarik sebab ia amateur unorthodox dan mungkin akan lebih digemari peminat anime. Untuk murid biasa mungkin mereka akan lebih susah kerana pembelajaran bahasa jepun ialah mandatory di uni ini. Namun, untuk value to money, NDS hanya second to TarUC dan UNDO Academy.

6.CSD Academy
-Bagi pendapat saya university ini masih baru dalam graphics design (mula tahun lepas). Dan lebih kepada interior design, namun ia diajar oleh graphic designer yang pernah berkerja untuk menteri-menteri Malaysia jadi mereka agak berpegalaman dalam apa yang rakyat hendak. Selain itu,ia juga senang dicari kerana dia berpusat di depan MRT2 Metro Prima.

7.First City University College
-Lecturer di uni ini penuh dengan charisma dan juga suka mengeratkan hubungan dengan pelajar. Kursus graphic design di sekolah ini agak average, tiada apa apa yang teruk dan baik. Harga dia juga decent. Jadi memilih uni ini bukan pilihan yang teruk. Menyambung pelajaran di sini mungkin tidak memberi anda graduasi yang unggul, namun pengalaman dan memori anda mesti akan manis di sini.

Alright guys that's all goodnight~❤️

106 views
4
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.