Sistem Emblem

Vibrio
9
Jul 08 · Moderator

Hai semua! Arnold kembali lagi.
Hari ini saya akan menerangkan tentang sistem Emblem yang dibuat semula, yang kini digelar Sistem Bakat.

Anda mungkin menyedari bahawa wira di dalam MLBB telah menjadi berlainan daripada yang lain. Emblem dengan ciri-ciri tetap dan bakat tidak lagi sesuai untuk setiap daripada mereka. Menurut maklumbalas dan kaji selidik sebelum ini, ramai pemain mengadukan mereka tidak boleh menggunakan pelan bakat yang mereka inginkan.

Saya berikan anda beberapa contoh. Beberapa mage atau marksmen akan menggunakan Killing Spree dengan tetap di dalam pelan Assassin, tetapi bagi 2 peringkat pertama dan ciri-ciri tetap di dalam pelan yang sama tidak sepadan dengan wira tersebut. Atau sesetengah wira serangan yang tinggi dengan Bonus Serangan Fizikal ingin menggunakan Magic Worship untuk meningkatkan lagi letusan mereka, tetapi mereka tidak memerlukan ciri-ciri yang lain di dalam pelan Mage.

Jadi kami memutuskan untuk menyusun semula sistem Emblem semasa, dan membahagikan kepada empat bahagian tersendiri. Itulah cara Sistem Bakat yang baharu diciptakan. Di dalam sistem bakat baharu, anda tidak memilih 1 bakat daripada 3. Tetapi, anda boleh memilih 1 bakat daripada 10+ untuk slot bakat. Ciri-ciri tetap dikurangkan daripada 9 kepada 6. Anda boleh memilih satu daripada ciri tetap dan gabungkan mereka bersama 3 bakat untuk mewujudkan Pelan Bakat.

Mari saya berikan anda satu contoh. Katakanlah sekarang anda ingin membuat pelan untuk Karina. Anda boleh memilih Arcane Magic: Staff (dimana ianya di bawah kategori Custom Mage Emblem di dalam sistem semasa) sebagai ciri tetap. Kemudian, gunakan Killing Spree (dimana ianya di bawah kategori Custom Assassin Emblem di dalam sistem semasa) sebagai Bakat Teras. Untuk Bakat Teknik Biasa, anda boleh memilih Seasoned Hunter (dimana ketika ini dipanggil Demon Slayer di dalam Custom Jungle Emblem). Kelajuan Serangan (kini hanya tersedia di dalam Custom Marksman Emblem) boleh dipilih sebagai Ciri Bakat Biasa.

Kemudian, anda akan mendapat pelan bakat yang baharu yang mustahil di dalam sistem Emblem semasa! Saya tahu bahawa anda mampu membuat lebih banyak pelan selepas menerokai Sistem Bakat yang baharu!

Sudah tentu, untuk menjadikan Sistem baharu lebih fleksibel, kami tidak ingin membuatnya sukar untuk difahami. Jadi, kami melakukan perubahan berikut.

1. Kami akan mengekalkan bakat yang terkenal di dalam sistem baharu dan mengkategorikannya ke dalam Teras Bakat dan Teknik Bakat Biasa selepas sedikit perubahan kecil.

2. Disebabkan Sistem Bakat lebih fleksibel, anda boleh membuat sendiri pelan bakat yang berlainan untuk setiap wira. Sementara itu, anda boleh menetapkan 3 pelan bakat untuk setiap wira, supaya mereka tidak perlu berkongsi pelan bakat.

3. Pelan bakat yang disyorkan akan tersedia. Anda boleh menggunakan dengan pantas pelan yang terkenal bahkan pelan pro hanya dengan satu sentuhan. Jika anda lupa untuk ubah pelan sebelum memasuki pertarungan, anda masih boleh membuat pilihan selepas anda memilih wira sebelum pertarungan bermula!

Baiklah, itu sahaja pada hari ini! Sekiranya terdapat perkara lain yang anda ingin ketahui mengenai Sistem Bakat yang baharu, sila tinggalkan pesanan di dalam komen! Saya mungkin dapat menjawab soalan anda pada masa akan datang! Semoga bertemu lagi!

134 views
4
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.