EMBLEM AKAN DATANG!

Mikim Kudin
10
Jul 14

Hello semua! Ini Arnold lagi.
Hari ini saya akan menyelami lebih mendalam tentang Sistem Bakat baharu..(Atau anda boleh panggil Sistem Emblem diperbaharui.)
Dalam pelajaran terakhir, saya sudah menjelaskan beberapa penyelarasan tentang bagaimana anda mengkonfigurasi pelan bakat dalam sistem baharu ini. Sekarang, mari lihat mekanik yang dinaikkan taraf ini.

Mari bayangkan anda adalah pemain veteran yang sudah menaikkan taraf kesemua 9 Emblem kepada level yang agak tinggi, sebagai contoh, Lv. 60.
Apabila Sistem Bakat baharu ini tersedia dalam permainan, kesemua BP, Tiket, dan sumber Emblem yang anda belanja ketika menaikkan taraf Emblem, dan juga Fragmen Emblem dan Magic Dust yang anda masih belum guna akan bertukar menjadi Talent Essence, yang mana boleh digunakan untuk membeli Bakat.
Jadi ianya bermaksud anda tidak perlu risau tentang semua usaha dan perbelanjaan anda akan menjadi sia-sia. Pemain yang sudah mencapai level maksima untuk semua 9 set Emblem boleh mendapat sebilangan besar Talent Essence, yang mana dianggarkan cukup untuk membeli kesemua bakat!

Jika anda baru sahaja memulakan pengembaraan MLBB anda, atau anda masih belum menaikkan taraf Emblem kepada level yang tinggi, anda juga akan menikmati pengalaman hebat atas kerana sebab yang berikut.
1. Dalam Sistem Bakat baharu, kuncinya adalah untuk mengkonfigurasi pelan bakat dengan tiga jenis bakat yang berbeza. Kami tidak mahu anda terlalu fokus untuk menaikkan taraf atribut tetap. Maka, level bagi 6 atribut tetap meningkat dengan level akaun anda dan tidak memerlukan kos tambahan.
2. Satu-satunya perkara yang anda perlu untuk membuka bakat adalah Talent Essence. Anda tidak perlu membelanjakan BP lagi untuk naik taraf Bakat, yang mana bermaksud anda boleh menyimpan BP untuk pembelian wira!
3. Terdapat dua cara untuk membuka bakat. Pilihan pertama adalah dengan membeli bakat secara terus menggunakan sebilangan besar Talent Essence yang dimiliki. Yang kedua adalah mengaktifkan bakat menggunakan sejumlah kecil Talent Essence. Meskipun anda tidak memiliki sumber yang banyak, anda masih boleh mengakses bakat yang anda inginkan.
Pengaktifan Bakat:
Aktifkan bakat menggunakan sebilangan kecil Talent Essence, dan anda akan mendapat sejumlah tertentu daripada akses percuma bakat itu.
Selepas anda habis menggunakan semua akses percuma, anda boleh terus menggunakan bakat dengan membelanjakan 5 Talent Essence untuk setiap perlawanan.
Bakat itu akan dibuka secara kekal selepas anda menggunakan ia dalam sebilangan nombor yang spesifik.
Jika anda sudah memiliki 2 set Emblem dengan Lv.45 atau ke atas, ataupun 8 set Emblem dengan Lv.25 atau ke atas, anda boleh memiliki semua bakat yang diaktifkan!
4. Kami juga akan memberikan beberapa bakat serba guna untuk membantu anda bermula. Jika anda masih belum memiliki mana-mana bakat apabila sistem bakat baharu ke atas talian, anda masih boleh bertarung di medan pertempuran dengan pelan bakat yang kuat sama seperti yang lain.

Maka,itu sahaja untuk hari ini. Jika ada apa-apa perkara yang anda ingin pelajari tentang Sistem Bakat baharu, jangan lupa meninggalkan mesej pada ruangan komen. Saya akan cuba menjawabnya pada masa akan datang!
Anda juga boleh menyemak pelajaran lepas melalui pautan di bawah. Sehingga lain kali!

Pautan:
https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/posts/1871518299862336

#MobileLegendsBangBang #MLBB




129 views
1
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.