KEHANGATAN COUNTRY FINALS

Apanz
8
Aug 27

Selepas 2 hari berlangsungnya Country Finals 2022 PMPL MY/SG/PH Fall Split - pasukan SEM9, Geek Fam & DBD menunjukkan prestasi yang sangat konsisten! 🔥

SEM9 semestinya merupakan sebuah pasukan yang tidak lagi asing dalam arena PUBG Mobile Malaysia. Nampaknya mereka telah bangkit dengan begitu drastik pada musim ini berbanding musim-musim lepas. Pasukan ini sebelumnya dikenali sebagai 'Yoodo Gank' pada era 2018-2021 dan merupakan salah satu pasukan yang terkenal dan mempunyai peminat yang ramai daripada netizen PUBG Mobile Malaysia. Mereka pernah menjuarai dan mengangkat piala PMNC MY 2018 dan PMPL SEA S1 (2020) akan tetapi mereka belum lagi pernah mengangkat piala PMPL MY/SG/PH sepanjang 6 musim ia berlangsung sejak debutnya pada Feb 2020 yang lalu.

Dengan prestasi cemerlang mereka kali ini, dapatkah mereka akhirnya mengangkat piala PMPL MY/SG/PH? Ataupun piala akan kembali ke tangan Geek Fam? Semuanya akan terbongkar esok hari 🏆🔥

#PMPLMYSGPH #PMPL2022

Sumber gambar: Liquipedia




#PMPL Fall 2022#Esports
117 views
6
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.