Orange Esports menang bersih menentang Team Lunatix

Perghhhhh
5
Sep 04

Satu lagi kemenangan berjaya di dapatkan oleh Orange Esports dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam Group B. Dan Team Lunatix menjadi mangsa seterusnya dimana Orange Esports membelasah teruk Team Lunatix 2 - 0

Memang tidak dinafikan yang Orange Esports mampu menang mudah di match ini jika di lihat prestasi Team Lunatix yang semakin merosot. Team Lunatix masih banyak aspek yang perlu di ambil kira terutama sekali plan, drafting dan komunikasi mereka. Sedikit sebanyak drafting dan cara mainan mereka mula dibaca oleh team-team yang lain dan membuat mereka agak sukar untuk memenangi match-match yang akan datang.

Orange Esports, satu team yang perlu di geruni terutama sekali momentum mereka yang kuat, membawa mereka ke winning streak dan masih di tangga teratas. Adakah mereka mampu mengekalkan prestasi ini di match yang akan datang? Mari kita saksikan di MPLMY S10!

Game1




Game 2


#MPLMYS10
109 views
6
All comments (6)
No contentNothing here, please try again later.