RED Esports menang tipis menentang Team SMG 2- 1

Perghhhhh
5
Sep 09

Perlawanan di antara Group A menentang Group B sudahpun bermula dan perlawanan membuka tirai tersebut iaitu diantara RED Esports menentang Team SMG.

Team SMG sememangnya team yang menjadi kegemaran penonton dan mempunyai lineup veteran terutama sekali Xorn. Akan tetapi, dengan kecewanya mereka tewas di tangan RED Esports dengan skor 2 -1. Pada awalnya RED Esports berjaya memenangi game pertama lalu ia menjadi seri apabila Team SMG memenangi game yang kedua. Tetapi di game penentuan iaitu game yang ketiga, disebabkan keraguan Team SMG untuk mengambil Lord, RED Esports mengambil kesempatan ini untuk melakukan push ke arah top lane tanpa disedari oleh pemain-pemain Team SMG dan berjaya memecahkan Crystal sekaligus memenangi match ini.

RED Esports membuktikan bahawa walaupun mereka di tempat ketiga di Group B, mereka tidak seharusnya di pandang rendah oleh kumpulan yang berada di Group A dan sekarang mereka berjaya mendapatkan point penting untuk mereka sendiri.

Namun begitu, pada hari esokknya iaitu hari Sabtu, mereka akan di uji lagi dengan menentang Team HAQ, satu team yang tidak boleh dipandang rendah. Mampukah RED Esports berjaya memenangi game tersebut? Mari kita saksikan di MPLMY S10!

Game 1




Game 2




Game 3


#MPLMYS10
128 views
2
All comments (1)
No contentNothing here, please try again later.