RSGMY mengalahkan Homebois 2-1

Perghhhhh
5
Sep 10

Di hari yang kedua dimana Group A akan menentang Group B iaitu RSGMY bertemu dengan Homebois di satu perlawanan sengit yang pada akhirnya berpihak kepada RSGMY dengan skor 2 - 1.

Satu perlawanan yang sengit dan juga menarik di antara RSGMY menentang Homebois adalah satu match yang ramai penonton tertunggu-tunggu. Dengan drafting yang kuat dan disiplin yang di tunjukkan oleh RSGMY sememangnya membuah hasil lebih - lebih lagi di game yang ketiga dimana bila di ramalkan, Homebois mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mengawal early stage pada game tersebut. Tetapi malangnya RSGMY berjaya menghapuskan peluang tersebut dan berjaya membina momentum sehingga Homebois tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa akur kekalahan di tangan RSGMY.

Satu lagi kemenangan penting buat RSGMY untuk merebut tempat kedua sekaligus bertahan di group untuk layak ke playoff. Mereka juga membuktikan yang mereka telah bersedia menghadapi kumpulan B yang seterusnya. Mampukah mereka mengambil lagi satu kemenangan untuk meneruskan perjalanan mereka? Mari kita saksikan di MPLMY S10!!

Game 1




Game 2




Game 3


#MPLMYS10
105 views
2
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.