Caracal berjaya mengalahkan Team SMG 2 - 0

Perghhhhh
5
Sep 11

Perlawanan yang sangat menakjubkan dan membuat para penonton dan penyokong Team SMG terkejut dengan kekalahan Team SMG di tangan Caracal. Dan ianya bukannya reverse sweep, malah ianya clean sweep dari Caracal dengan skor 2 - 0

Nampaknya roster baru Caracal pada masa ini sememangnya membuahkan hasil apabila roster ini menunjukkan kualiti mereka yang cantik sehingga berjaya mengalahkan team veteran iaitu Team SMG! Sememangnya dengan ketibaan Wynn sebagai Jungler dan Maima sebagai Gold Laner sedikit sebanyak menunjukkan perubahan yang sangat ketara apabila Wynn menjadi MVP kepada kedua-dua match. Strategy mereka yang mematahkan segala setup dari Team SMG membuat momentum Caracal melonjak tinggi sehingga Team SMG membuat kesilapan disebabkan tekanan yang berterusan.

Sememangnya satu match upset yang berlaku pada hari ini dan Caracal mendapatkan kemenangan penting untuk mengekalkan diri ke Group stage sekaligus melayakkan diri ke Playoff. Adakah ini menunjukkan bahawa Caracal sememangnya sudah bersedia untuk berhadapan dengan kumpulan Group A yang lain? Mari kita saksikan di MPLMY S10!!

Game 1




Game 2


#MPLMYS10
80 views
2
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.