Homebois mengalahkan Todak 2 - 1

Perghhhhh
5
Sep 11

Sekali lagi kita dikejutkan oleh upset game dimana Homebois berjaya mengalahkan Todak dengan skor 2 - 1.

Perlawanan yang sengit di antara kedua - dua team yang dimana penonton lebih berpihak kepada Todak, namum berakhir dengan kekecewaan kerana Todak harus akur dengan peritnya tewas di tangan Homebois. Homebois pada awalnya berjaya mengambil game pertama dan sekaligus memecahkan winrate 100% 4MeyZ menggunakan Benedetta. Dan lalu dibalas oleh Todak di game yang kedua apabila Momo menggunakan Claude mengganas di Land Of Dawn dan membuat Homebois tidak dapat berbuat apa-apa. Namun di game penentuan iaitu game yang ketiga, pada awalnya Todak mengawal game, namun sedikit kesilapan membawa padah apabila Homebois mengambil kesempatan dari situasi tersebut dan secara langsung membina momentum dan menghukum Todak dengan teruknya hingga berjaya memenangi game ini.

Satu comeback dari Homebois apabila semalam mereka kalah dengan RSGMY. Adakah ini menunjukkan bahawa Homebois sudah bersedia untuk menghadapi match seterusnya dan menambah point untuk layak ke playoff? Mari kita saksikan bersama di MPLMY S10!

Game 1




Game 2




Game 3



#MPLMYS10
119 views
4
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.