Team SMG membelasah Orange Esports 2 - 0

Perghhhhh
5
Sep 23

Perlawanan yang sangat menarik dan high level di antara kedua-dua pasukan iaitu Team SMG dan Orange Esports. Satu match yang sangat di nantikan oleh penonton-penonton di dalam pentas MPLMY mahupun secara online. Tetapi amat dikejutkan sekali dimana perlawanan ini patutnya menjadi sengit jika dibandingkan kedua-dua pasukan ini, namun Team SMG membelasah teruk Orange Esports dengan skor 2 - 0.

Team SMG mula menunjukkan taringnya selepas membelasah Homebois minggu lepas dan sekarang ini mangsa kedua iaitu Orange Esports. Position dan juga execution amat kemas oleh Team SMG membolehkan mereka mengatasi sebarang strategi oleh Orange Esports. Dan lebih menarik lagi, mereka membawa hero yang baru dibuff iaitu Minsitthar dan juga Frederin. Hero-hero yang amat jarang digunakan oleh perlawanan MPLMY dan ini menunjukkan akan adanya meta-meta baru di pentas ini.

Team SMG berjaya memungut point penting untuk mereka layak ke playoff dan Ahad ini akan jadi penentuannya dimana mereka akan jumpa Team Lunatix. Mampukah mereka mengekalkan momentum kemenangan ini dan akan membawa hero-hero yang jarang digunakan di pentas MPLMY? Adakah Team Lunatix bersedia menghadapi Team SMG? Kita saksikan bersama di MPLMY S10!

Game 1



Game 2

#MPLMYS10
99 views
1
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.