Meta Scouter makin relevan?

Firas Aliyan
8
Oct 10 · Moderator

Taktikal semasa paling efektif (Meta) adalah suatu pendekatan yang dilakukan bagi pasukan yang ingin menjadi terbaik antara yang terbaik. Grand Final Kejohanan MCPS Majors musim keempat memperlihatkan beberapa pasukan memanfaatkan scouter sebagai satu posisi penting.


Selepas beberapa pembaharuan dalam permainan dihadirkan oleh pihak pembangun Garena Free Fire, suasana permainan sudah berubah selepas wujud Revival Point dan Vending Machines.


Posisi scouter terus menjadi suatu yang relevan di awal permainan kerana pemain itu boleh menghidupkan kembali ahli pasukan seterusnya menjadikan permainan lebih berintensiti tinggi dengan gaya merusuh.


Pada edisi kali ini, pasukan lebih memilih bulatan zon permainan sebagai titik pertahanan. Hal ini dapat dimanfaatkan dengan kehadiran scouter yang akan memastikan koordinasi pergerakan pasukan dari satu kawasan ke satu kawasan dengan lebih selamat.


100 views
1
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.