AV Radicals pasukan Filipina pertama ke FFWS

Firas Aliyan
8
Oct 10 · Moderator

Kancah e-sukan bagi region Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka (MCPS) sudah sampai ke penamat. Kejohanan Majors MCPS musim keempat menabalkan wakil dari Filipina, AV Radicals sebagai juara baharu bagi edisi kali ini. 


Selepas tiga musim menunggu saat yang berharga ini, akhirnya wujud persaingan yang sihat dalam arena e-sukan Free Fire MCPS kerana pasukan itu memecahkan stigma komuniti. Hal ini kerana sudah tiga musim pasukan Malaysia yang mendominasi kedudukan teratas Grand Final dan layak ke peringkat tertinggi seperti Asia Championship dan Siri Dunia Free Fire (FFWS).


Pasukan itu tampak mengekalkan momentum pada peringkat liga untuk diteruskan di peringkat Grand Final. 12 mata dipisahkan daripada kejuaraan liga yang dipegang Expand, namun perkara tersebut tidak sedikit menjatuhkan semangat pemain.


Lima Booyah yang diraih hari ini jelas membuktikan kualiti ‘sang juara’ yang dimiliki AV Radicals meskipun sering dipandang rendah oleh segelintir peminat etmpatan.

Perkara itu disebabkan pasukan ini pernah menjuarai Kejohanan Major MCPS peringkat liga pada musim kedua, namun terpaksa berputih mata di kedudukan kelima Grand Final ketika itu.


Sebanyak 259 mata keseluruhan berjaya dikutip bagi dua hari Grand Final dan 130 mata singkir yang dikumpul menjadikan purata mata setiap pusingan ialah 16.19 mata.


AV Radicals (PH) dan Expand (MY) akan mewakili region MCPS ke Siri Dunia Free Fire (FFWS) November ini. Bangkok, Thailand adalah destinasi kejohanan dan memperuntukkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 9,274,996 (AS$ 2,000,000).


Expand juga akan ke Siri Dunia dengan slot Play-Ins yang juga menyediakan slot untuk ke Grand Final.


126 views
1
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.