Orange Esports membelasah Team HAQ 2 - 0

Chris5016
10
Oct 14

Playoff hari yang kedua dimulakan dengan perlawanan di antara Orange Esports menentang Team HAQ dan berakhir dengan kemenangan mutlak di tangan Orange Esports skor 2 - 0.

Draft dan cara strategy Orange Esports sememangnya lebih baik berbanding Team HAQ walaupun ada 4 player Team HAQ ini adalah bekas Orange Esports. Dan yang paling menyerlah pada game ini adalah Valenz yang bermain sebagai Gold Laner. Penjagaan position dia langsung membolehkan dia mendapatkan moment yang diperlukan untuk memberi damage yang besar dan seterusnya membawa Orange Esports ke arah kemenangan.

Orange Esports bakal melayakkan diri ke Winner Bracket Final dimana mereka akan bertemu Todak. Pemenang pada match ini bakal ke Final untuk menentukan tempat pertama/kedua. Untuk Team HAQ pula, mereka masih ada peluang dalam lower bracket dan akan menghadapi RED Esports. Siapakah akan layak ke peringkat seterusnya? Kita sama-sama saksikan di MPLMY S10!

Game 1



Game 2

#MPLMYS10
87 views
6
All comments (1)
No contentNothing here, please try again later.