Team HAQ menang mudah menentang RED Esports 2 - 0

Chris5016
10
Oct 14

Playoff hari kedua telah pun tiba dan game terakhir untuk hari ini dimulakan di Lower Bracket dimana Team HAQ bertemu dengan RED Esports dan berakhir dengan kemenangan mudah di tangan Team HAQ dengan skor 2 - 0.

Satu drafting dan gameplay yang kuat di tunjukkan oleh Team HAQ membolehkan mereka membelasah teruk RED Esports walaupun selepas mengalami kekalahan pagi tadi. Mereka menunjukkan bahawa kekalahan pagi tadi tidak akan mematahkan semangat mereka dan terus membuat lebih baik terutama sekali strategy mereka dan itu apa yang berlaku di perlawanan ini. Malah Garyy berjaya mendapatkan Savage dengan menggunakan hero Karina. Dan ini adalah Savage yang pertama di MPLMY S10 ini!

Team HAQ berjaya melayakkan diri ke Semi Final Lower Bracket dan akan bertemu dengan RSGMY. Pemenang di match ini akan melayakkan diri ke Lower Bracket Final dan menjamin tempat ketiga. Bagi RED Esports pula, terima kasih untuk match ini dan semoga bertemu lagi di season MPLMY akan datang.

Game 1



Game 2

#MPLMYS10
175 views
6
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.