STRANGE TOWN- Transform

Bagaikan Langit
10
Oct 15 · Moderator

Ciri baru yang ada di Strange Town, boleh menyamar jadi boneka.
(Start dari 13/10 sehingga 14/11)

1) Boleh bertukar jadi boneka selama 2 minit dan boleh menyamar banyak kali selagi korang berada di Strange Town.
2) Masa korang jadi boneka, boleh bergerak di sekitar Strange Town tetapi pergerakan agak slow.
3) Kalau nak pick up barang, kena bertukar jadi karakter biasa dan boleh transform semula jadi boneka.

Apa yang saya suka ciri transforme jadi boneka ni.
- Boleh mengelirukan musuh kerana di sekitar Strange Town banyak boneka.
- Boleh bagi surprise kat musuh, bergerak slow2 ke arah musuh yang tengah berlawan, bertukar jadi karakter biasa dan tembak.

Tetapi kena berhati-hati walaupun korang dah bertukar jadi boneka, jika penyamaran korang diketahui, enemy boleh tembak kita. Kena peka masa korang bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Korang dah try ciri baru ni? Share pendapat dan pengalaman korang 😉





#News#Discussion#Gameplay
149 views
6
All comments (9)
No contentNothing here, please try again later.