Team HAQ menang 2 - 0 menentang RSGMY

Chris5016
10
Oct 15

Playoff Hari Ketiga masih berlangsung dan game yang kedua dimulakan di Lower Bracket Semi Final, pertarungan antara Team HAQ menentang RSGMY dimana pada akhirnya kemenangan jatuh di tangan Team HAQ dengan skor 2 - 0 .

Sememangnya Team HAQ sangat bersedia untuk berdepan dengan RSGMY yang sememangnya team yang amat mempunyai peluang cerah untuk memenangi game ini jika diberi hero keselesaan mereka. Dengan strategi yang teliti dan sedikit perubahan taktik permainan mereka, membuat Team HAQ berjaya mematahkan sebarang strategy RSGMY dan langsung mendapatkan kemenangan mudah buat Team HAQ.

Team HAQ akan mara ke Lower Bracket Final dimana mereka akan bertemu lagi dengan Orange Esports, yang mengalahkan mereka di Round 1 Winner Bracket, justeru membuat game ini menjadi peluang untuk Team HAQ membalas dendam. Terima kasih untuk RSGMY kerana telah menunjukkan gameplay yang kuat dan persembahan permainan yang baik. Mereka akan duduk di tempat keempat. Semoga jumpa lagi di next season MPLMY.

Game 1



Game 2

#MPLMYS10
124 views
6
All comments (1)
No contentNothing here, please try again later.