Team HAQ mengalahkan Orange Esports 3 - 1

Chris5016
10
Oct 15

Playoff untuk hari ketiga telah bermula dimana game yang ketiga dan terakhir untuk hari ini dimulakan dengan perlawanan antara Orange Esports menentang Team HAQ dan berakhir dengan kemenangan mutlak di tangan Team HAQ.

Satu revenge match yang cukup indah buat Team HAQ apabila mereka cukup bersedia untuk melawan segala taktik dan strategy Orange Esports menyebabkan Orange Esports terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Team HAQ. Walaupun mereka mendapatkan point kemenangan pertama di match yang ketiga untuk mendapatkan momentum, tetapi ianya tidak mencukupi untuk mematahkan semangat Team HAQ dan terus saja Team HAQ menghabiskan game ini dengan penuh bergaya di match ke empat.

Team HAQ akan mara ke Grand Final dimana mereka akan bertemu dengan Todak dan akan main match best of 7. Adakah Team HAQ cukup bersedia untuk mengalahkan Juara Bertahan S9 Todak? Atau Todak akan mendapatkan juara kali ketiga untuk season ini? Dan terima kasih juga kepada Orange Esports kerana memberi persembahan permainan yang terbaik dan mendapat kedudukan tempat ketiga untuk musim ini. Jumpa lagi musim hadapan, Orange Esports.

Game 1



Game 2



Game 3



Game 4

#MPLMYS10
112 views
5
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.