PENYIASAT PUBG MOBILE

Bagaikan Langit
10
Oct 20 · Moderator

Cara nak jadi penyiasat dalam PUBG MOBILE.
(semak di Security Center)

1. Rank crown ke atas

2. Merit 100%

3. Buat latihan review sebanyak 30 video.

4. Mempunyai kadar ketepatan 80% atau lebih tinggi.



Setelah korang memenuhi syarat yang diminta, Korang layak untuk menjadi penyiasat dalam PUBG MOBILE dan boleh review video setiap hari sehingga habis. 1 Video dapat 5 EXP.




Naikkan level untuk mendapatkan ganjaran.Semakin tinggi level,semakin menarik ganjaran yang akan kita perolehi. Ganjaran yang diberi berupa AG, Kupon supply, kupon klasik termasuk title kekal.. Title korang akan muncul di skrin ketika korang masuk spawn island ( jika ada lebih dari 1 penyiasat yang menyertai permainan,title yang paling tinggi akan muncul di skrin)





Setelah dapat title mythic,korang boleh memohon untuk menyertai Eagle System.



Apa itu Eagle system?

1. Sistem Eagle ialah sejenis sistem keselamatan yang memantau perlawanan dalam masa nyata, dan penyiasat yang berkelayakan boleh menggunakan sistem untuk menyemak perlawanan langsung.

2. Sama seperti ulasan biasa, penyiasat akan ditugaskan secara rawak pada perlawanan dan semua nama watak dalam permainan akan disembunyikan.

3. Penyiasat yang ingin menyertai sistem semakan Eagle boleh memohon pada halaman semasa. Korang mesti memenuhi keperluan dan lulus semakan sebelum boleh menyemak perlawanan dalam masa nyata.

Korang sudah memohon jadi penyiasat dalam PUBG MOBILE? Kalau belum..Jom sertai sekarang untuk membenteras penipuan di dalam permainan 💪

#News#Discussion
272 views
6
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.