Landing Jarak Jauh

Bagaikan Langit
10
Oct 24 · Moderator

Biasa pemain lebih suka landing pada jarak dekat berbanding jarak jauh. Terutamanya pemain yang suka barbar.

Tetapi pemain yang suka bermain secara santai, mereka lebih suka memilih landing di tempat yang jauh dari laluan kapal.

Saya lebih selesa bermain secara santai dan tidak cari kill sangat pada awal permainan. Normal saya akan landing pada jarak 2000m-2100m.

Kita juga boleh landing sehingga jarak 2900m dan pernah sampai 3000m.(berdasarkan pengalaman sendiri)



Caranya;

1) Buka parachute bila button parachute keluar (🪂)

2) Setelah parachute terbuka biarkan ia terapung dan gerakkan joystick sekali sekala.

3) Agak mengambil masa sedikit untuk landing ke tempat yang dituju tetapi pasti akan sampai dan kalau kurang pun cuma sedikit.

Cara ini sesuai digunakan dalam peta yang bersaiz besar seperti Erangle, Vikendi dan Miramar. Miramar boleh kurangkan sedikit jarak target yang dituju kerana permukaan peta Miramar banyak bukit tinggi (boleh target 2500m ke 2700m)






Selamat mencuba ✌️

#Discussion#Gameplay
188 views
9
All comments (16)
No contentNothing here, please try again later.