Peraturan Forum

Firas Aliyan
8
Jun 19 · Moderator


Hai! Selamat datang Survivors ke Forum Free Fire. Pihak moderator telah menyelaraskan beberapa peraturan Forum yang HARUS dipatuhi. Sila patuhi dan teliti peraturan tersebut sebelum memuat naik pautan anda. Terima Kasih!

Saya Firas, moderator bagi Free Fire. Berikut adalah peraturan sebelum anda memulakan forum, diharapkan semua dapat patuhi peraturan bagi memastikan ekosistem yang sihat dan berdisiplin dalam komuniti.

DILARANG❌:
? Menyebarkan sebarang kelakuan dan kenyataan toksik melalui medium tangkap layar (screenshots) atau video.
? Mengeluarkan kata-kata makian dengan konteks menjatuhkan orang lain.
? Pautan jual beli yang tiada kaitan dengan Free FIre.
? Jual beli produk seperti Diamonds, Akaun atau Servis 'Joki' (Boosting).
? Buli Siber
? Menghantar kandungan yang menyentuh sensitiviti (pornografi, politik dan agama).
? Berkongsi maklumat peribadi sendiri atau orang lain.
? Berkongsi pautan skim penipuan seperti giveaway diamond percuma, duit dan sebagainya.
? Mempromosikan acara atau pertandingan tanpa pengesahan admin.
? Pengiklanan kerja kosong atau bisnes adalah dilarang kecuali dengan pengesahan admin.
? Berkongsi siaran langsung (livestream) sesuatu acara tanpa pengesahan admin dan moderator.
? Berkongsi mesej berantai tanpa konteks selain berkongsi ilmu.
? Berkongsi pautan e-commerce seperti pautan Shoppe,Lazada,Amazon dan lain-lain.
? Berkongsi pertandingan yang menggunakan yuran sebagai hadiah wang tunai.

Have fun guy! ?

119 views
7
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.