Blacklist International lepaskan roster Free Fire

Firas Aliyan
8
Nov 09 · Moderator




Selepas hanya semusim bersama, kini organisasi e-sukan Blacklist international mengumumkan sudah melepaskan pemain divisi Free Fire. Pasukan yang diketuai Mohd Ridhwan Kadar (Mr.D) dilepaskan atas faktor prestasi yang kurang memuaskan pada kejohanan Major MCPS lepas.

“Selepas pencapaian yang kurang memuaskan pada MCPS Major, pasukan tidak layak ke Siri Dunia. Tetapi kami percaya bakat dan kebolehan mereka akan terus meningkat sebagai pemain kompetitif,” ulas Blacklist International melalui satu muat naik di Facebook.

Walau bagaimanapun, Muhammad Faizkmal Kamaruddin (Faiz) dikekalkan dalam misi membentuk pasukan baharu bagi musim hadapan. Faiz masih akan beraksi bersama pasukan kerana dia antara watak dan aset penting dalam pasukan itu.

“Blacklist bakal kekal di dalam arena Free Fire dan akan terus mencari cara untuk #BreakTheCode”.

#News
101 views
5
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.