Nero juarai King Of Solo edisi pertama

Firas Aliyan
8
Dec 19 · Moderator

Pemain pasukan MDH Esports dari Vietnam, Đỗ Kiên Huy (Nero) muncul sebagai juara sulung bagi kejohanan King Of Solo 2022. 

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari itu melibatkan empat region Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka).

Pada Grand Final lepas, Nero berjaya memperoleh tiga Booyah daripada lapan pusingan yang dipertandingkan. Sebanyak 179 mata dikumpulnya secara keseluruhan dan 21 mata singkir yang meletakkan angka tersebut adalah penyingkiran tertinggi. 

Jurang 49 mata meninggalkan Kevin77 dari King Of Gamers Club (Thailand) di posisi kedua dengan 16 mata singkir manakala wakil senegaranya Onfire dari pasukan CGGG (Thailand) berpuas hati di kedudukan ketiga. 

66 views
4
All comments (5)
No contentNothing here, please try again later.