Group Stage M4 - Todak membelasah MDH 1 - 0

Chris5016
10
Jan 03

Perlawanan hari ketiga di M4 World Championship dimana pada game yang kelima, berlangsungnya match di antara Todak menentang MDH dan berkesudahan dengan Todak mengalahkan MDH 1 - 0.

Todak masih lagi dalam prestasi yang cermelang dimana match sebelum ini mereka mengalahkan Malvinas Gaming dan Onic Esports. Dan sekarang ini mereka mengalahkan MDH sekaligus berada di kedudukan paling atas di Group B.

Satu drafting yang amat baik dimana Rival mendapatkan hero keselesaan dia iaitu Hayabusa, berjaya mengawal aturan perlawanan ini dengan rotasi yang amat laju. Di bantu oleh Yumskie yang menggunakan Franco dan juga Cikugais yang menggunakan Valentina, MDH sama sekali tiada peluang untuk mencari kill dan mengawal rentak permainan sekaligus mencari objektif. Dan amat banyak sekali Ultimate Skill dari team MDH yang boleh dicuri oleh Cikugais membuatkan Todak mempunyai kelebihan yang amat baik dan mencukupi untuk mengalahkan MDH. Dan Cikugais juga mendapat MVP untuk match kali ini disebabkan KDA dia yang amat baik dan Teamfight Participation yang besar.

Todak akan mara ke Playoff dan belum diketahui siapa mereka akan bertemu di Upper Bracket nanti. Terima kasih diucapkan kepada MDH dari Vietnam kerana memberikan pertunjukkan perlawanan yang amat menarik.

AYO KITA SOKONG TEAM MALAYSIA IAITU TODAK DAN JUGA TEAM HAQ!! Semoga mereka berjaya memenangi M4 World Championship ini! Semoga berjaya!!




#News#M4 World Championship#Esports
144 views
2
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.