M4 Group Stage : THQ membelasah S11 Gaming 1 - 0

Chris5016
10
Jan 04

Perlawanan M4 World Championship hari ke 4 telah pun bermula dan match yang ke 3 adalah perlawanan di antara Team HAQ dari Malaysia menentang S11 Gaming dari Argentina dan berakhir dengan kemenangan di tangan Team HAQ 1 - 0.

Team HAQ mengalami kekalahan yang pertama pada hari ke 2 di tangan RRQ Akira dari Brazil, membuatkan mereka mengubah rentak permainan mereka dan mengunci drafting yang mempunyai meta yang lebih baik dan keselesaan hero sekaligus membuahkan hasil untuk Team HAQ dimana mereka membelasah teruk S11 Gaming. MVP juga diberikan kepada Panda yang bermain sebagai Karrie di Gold Lane. Dan dengan hero mereka yang terdiri daripada Yu Zhong, Ling dan juga Karrie, memastikan rotasi Team HAQ sentiasa pantas dan membuatkan S11 Gaming kalah dari segi map control dan objective.

Match seterusnya bagi Team HAQ adalah menentang Team Valley dari USA. Team HAQ harus menang match ini untuk memastikan slot mereka di Playoff. Semoga berjaya Team HAQ

AYO KITA SOKONG TEAM DARI MALAYSIA IAITU Team HAQ dan TODAK. Semoga mereka berjaya memenangi M4 World Championship ini.




#News#Esports#M4 World Championship
119 views
3
All comments (13)
No contentNothing here, please try again later.