Group Stage M4 : THQ mengalahkan The Valley 1 - 0

Chris5016
10
Jan 04

Perlawanan M4 World Championship hari ke 4 dimana match ke 5 dimulakan dengan pertembungan di antara Team HAQ dari Malaysia menentang The Valley dari USA dan berakhiri dengan kemenangan tipis Team HAQ 1 - 0

Pada awalnya The Valley mengawal rentak game dengan cara zoning dan mengambil objective seperti Turtle. Tetapi Team HAQ dengan drafting hero scaling seperti Ling, Wanwan, Dyrroth dan juga Kadita seakan tidak peduli dengan zoning play dari The Valley. Mereka membuat pressure ketiga tiga lane dan membuatkan The Valley terpaksa berpisah untuk mempertahankan lane mereka. Ini membuatkan Rotasi Wanwan, Hilda dan Ling sangat menyerlah kerana mereka mempunyai Mobility yang lebih tinggi untuk menangkap hero-hero yang membuat pertahanan di laning. Kerana jika The Valley tidak bermain sebagai 5 man, maka sama ada tower mereka pecah ataupun terpaksa terkorban bila di Gank oleh Team HAQ. Strategy memisahkan The Valley dengan cara fast rotation sememangnya membuahkan hasil untuk Team HAQ.

MVP lagi sekali diberikan kepada Panda lagi sekali atas pengunaan Wanwan yang sangat hebat dan langsung tiada sebarang kematian dengan KDA 6/0/2.

Team HAQ berjaya mengunci kedudukan mereka di tempat kedua di Group D sekaligus melayakkan diri ke Playoff Upper Bracket. Tahniah Team HAQ.

AYO KITA SOKONG TEAM DARI MALAYSIA IAITU Team HAQ dan TODAK. Semoga mereka berjaya memenangi M4 World Championship!!




#News#Esports#M4 World Championship
124 views
1
All comments (5)
No contentNothing here, please try again later.