Playoff M4 Lower Bracket : INC menang 2 - 1 menentang THQ

Chris5016
10
Jan 11

Playoff M4 Lower Bracket Knockout Stage Day 4 Match 2 dimulakan dengan perlawanan di antara Team HAQ (Malaysia) menentang Incendio Supremacy (Turkey) yang berakhir dengan kemenangan tipis di tangan INC 2 - 1.

THQ berjaya mendapatkan game yang pertama dimana Garyy menunjukkan pengunaan hero Fanny yang sangat kemas sehingga INC tidak mampu untuk mengatur strategy untuk menghalang Fanny.

Tapi di game yang kedua pula milik INC di sebabkan Karrie terlepas di tangan Sunshine menghancurkan THQ serta merta.

Di game yang ketiga dan penentuan untuk match ini, strategi zoning dan sustain dengan pengambilan hero Pharsa dan Estes sangat memberi kelebihan kepada INC dari segi mengambil objektif. Dan kelincahan Alien mengunakan Benedetta membuat THQ tidak mendapat peluang membuat serangan batas dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan di tangan INC.

INC berjaya mara ke pusingan seterusnya manakala THQ tersingkir dari M4 World Championship ini. Amat sayang sekali buat THQ. Semoga mereka mendapat lebih banyak pengalaman untuk mereka memperbaiki kesilapan dari segi strategi dan teknik permainan mereka. Terima kasih kerana membawa nama Malaysia ke M4 World Championship ini

Game 1




Game 2




Game 3



Final Result

#Discussion#Esports#M4 World Championship
85 views
1
All comments (6)
No contentNothing here, please try again later.