DAILY TOPIC:Apa kenangan Manis Yang Korang Tak Boleh Lupakan

Bagaikan Langit
10
Feb 14 · Moderator

Selama korang dah bermain PUBGMOBILE, apa kenangan manis yang korang tak boleh lupakan sampai hari ni?

Kenangan manis yang tak dapat saya lupakan sepanjang bermain PUBGM ni banyak, salah satu daripadanya saya dapat capai rank impian saya. Conqueror.
Niat nak dapatkan Conqueror bukan nak tunjuk kat sesiapa tapi bagi saya ia cabaran untuk diri sendiri dan satu kepuasan.

Bagi pemain yang gameplay dan skill padu push rank conqueror mungkin agak mudah, tetapi tidak bagi saya. Gameplay saya tidak sehebat mereka. Jauh sekali skill. Berbekalkan gameplay bobot. Saya cuba juga push rank sampai Conqueror mode duo. Platinum sampai Ace, saya masih relax sebab ada kad protection kalau mati awal, point selamat tak kena tolak. Bila dah naik Ace,bermulalah cabarannya sebab kad protection dah tak boleh guna. Top 10 tapi 0 kill tetap kena tolak dan lagi pedih bila mati awal, point kena tolak kaw², nak dapatkan balik punyalah payah. Dipendekkan cerita, setelah sebulan lebih push, survive, jatuh bangun. Akhirnya dapat juga. Happy tak terkata masa tu😁


Jom kongsi kenangan manis korang dalam ruangan komen. Tak kisahlah dari segi gameplay, dapat rakan baru, kenal seorang yang istimewa dan apa saja kenangan yang korang tak boleh lupakan sehingga hari ini.

Komen terbaik akan memenangi ganjaran sebanyak 60uc👏💪

#DailyTopic
171 views
8
All comments (16)
No contentNothing here, please try again later.